Kesan / Akibat Meminum
Minuman Keras
Kesan minum arak dan alkohol.
Alkohol bukan sahaja boleh
memabukkan, tetapi juga mampu
memudaratkan kesihatan diri
sekiranya diamalkan berterusan. Ia
umpama kombinasi dadah dan racun
kepada badan kita. Malahan hampir
setiap agama di dunia ini turut
melarang tabiat tersebut di kalangan
para penganutnya. Kesan ketagihan
akibat meminum alkohol bukannya
bergantung kepada jenis alkohol
tetapi jumlah yang diminum pada
satu-satu masa.
Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul
Laith Assamarqandi berkata dalam
kitabnya Tanbihul Ghafilin: “ Awaslah
kamu dari meminum arak kerana ia
mengandungi sepuluh bahaya:
1. Peminumnya berkelakuan seperti
orang gila dan menjadi bahan ketawa
anak-anak kecil dan tercela di
kalangan orang-orang berakal.
2. Memboroskan harta dan
merosakkan akal.
3. Menyebabkan permusuhan dengan
kawan-kawan.
4. Terhalang daripada mengingat
Allah dan sembahyang.
5. Terdorong melakukan zina kerana
dalam keadaan mabuk si peminum
mungkin menceraikan isterinya tanpa
disedari.
6.Arak adalah pembuka bagi segala
kejahatan.
7. Perbuatan meminum arak
mengganggu Malaikat yang menjaga
si peminum disebabkan kefasikan dan
bau busuk arak yang diminumnya.
8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di
dunia dengan disaksikan oleh
keluarga dan teman-teman.
9. Perbuatan meminum arak menutup
pintu langit disebabkan segala
kebaikan dan doanya tidak terangkat
ke langit selama 40 hari.
10. Membawa akibat buruk terhadap
diri si peminum kerana ditakuti
tercabut imannya ketika mati.
Ini telah banyak dibuktikan melalui
kajian-kajian ilmiah samaada darisegi
sains, psikologi dan kemasyarakatan
menunjukan kebenaran yang jelas
bahawa sesetengah jenayah dan
keruntuhan akhlak dan moral yang
berlaku dalam masyarakat di antara
lain berpunca dari gejala arak.
Meminum arak boleh membawa
akibat-akibat yang sangat buruk
terhadap diri peminum, keluarga dan
masyarakat.
Pada dasarnya terdapat dua kesan
yang ketara pada penagih alkohol
terhadap kesihatan dan perhubungan
sosial, bagi individu yang meminum
arak iaitu kesan jangka pendek dan
jangka panjang. Kesan jangka pendek
pengambilan alkohol lebih kurang
satu botol besar menjadikan
seseorang itu kurang daya koordinasi
seperti tidak boleh berjalan dengan
betul dan tidak boleh membuka pintu.
Dalam masa yang singkat ini juga
boleh menyebabkan hangover.
Hangover lazimnya disebabkan oleh
keracunan alkohol, bahan lain dalam
alkohol dan tindakbalas ketagih
alkohol.
1.Kesan dari segi Kesihatan:
Tanda-tanda hangover alkohol
termasuklah sakit kepala, loya,
muntah, cirit birit, gangguan
pergerakan usus dan menggeletar
selama 8 – 12 jam kemudian Kesan
jangka panjang akan dirasai selepas
meminumnya selama beberapa bulan
atau tahun. Kesan utama adalah
seperti sakit jantung, hati atau
penyakit dalam perut. Bila situasi ini
berlaku mereka akan kurang selera
makan, kekurangan vitamin, jangkitan
penyakit, mati pucuk atau kekurangan
haid. Kematian yang awal adalah lebih
kerap pada orang yang kuat minum,
terutamanya daripada sakit jantung
atau hati, radang paru-paru, kanser,
keracunan alkohol yang teruk,
kemalangan, pembunuhan dan
pembunuhan diri.
2.Kesan Pada anggota Tubuh Badan:
a) Kesan pada otak
1) Selepas minum, alkohol akan
meresap dari usus kecil ke dalam
darah. Alkohol terus dibawa ke
jantung yang kemudiannya
mengepam darah beralkohol tadi ke
seluruh tubuh. Dari sini ia terus
meresap ke dalam otak dan
seterusnya ke urat saraf. Otak
merupakan salah satu organ penting
yang dimiliki oleh manusia kerana
otaklah yang mengawal segala
pergerakan dan perlakuan seseorang
dan dengan kemasukan bahan asing
ini ke dalamnya ia akan
mempengaruhi pergerakan dan
kelakuan peminumnya.
2) Menyebabkan berlakunya
penindasan kawasan-kawasan yang
biasanya mengawal maruah dan
disiplin diri sehingga peminum mula
merasa kurang sifat malu, fikiran
bercelaru, dan pergerakannya pula
agak tidak terkawal.
3) Kurang keupayaan dari segi belajar,
membentuk idea spontan,
menumpukan fikiran, dan membuat
pertimbangan yang teliti. Semakin
banyak jumlah alkohol yang diminum
semakin kuat otak tertindas
sehinggakan boleh menyebabkan
tidak sedarkan diri dan seterusnya
kematian.
b) Kesan pada hati
1) Setiap kali seorang peminum
meminum alkohol, hati akan
mengalami kecederaan (mendapat
luka). Sel hati akan mati dan menjadi
parut. Parut ini akan mengurangkan
kemampuan hati untuk berfungsi
dengan sempurna. Parut yang serius
akan menyebabkan hati tidak dapat
berfungsi langsung. Keadaan ini
disebut sirosis hati dan boleh
membawa maut.
2) Bengkak hati (hepatitis) juga boleh
berlaku disebabkan oleh lebihan toksik
alkohol. Pada mulanya ia
menyebabkan hati mengembang dan
lama kelamaan saluran darah akan
mengecut. Ini menyebabkan darah
tidak dapat mengalir ke hati dengan
sempurna dan akhirnya saluran darah
akan membengkak lalu pecah. Pada
peringkat kritikal, penghidap hepatitis
akan mengalami muntah darah dan
najis mereka akan bercampur dengan
darah. Kesan pada perut Alkohol
menyebabkan kerengsaan perut
(gastritis) yang akhirnya boleh
membawa kepada ulser. Bagi mereka
yang memang menghidapi ulser
perut, sakitnya akan menjadi semakin
teruk.
c) Kesan pada saraf
1) Boleh menyebabkan pelbagai jenis
penyakit seperti sindrom Wernicke-
Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak,
yang seterusnya membawa kepada
komplikasi psikiatri. Peminum boleh
mengalami halusinasi pendengaran,
amnesia, paranoia, depresi dan
kecenderungan membunuh diri.
d) Kesan pada janin dan anggota lain
dalam tubuh badan:
1) Peminum alkohol kronik yang
sedang hamil boleh menyebabkan
kandungannya mempunyai ciri-ciri
kecacatan seperti kekurangan berat
badan, saiz kepala yang terlalu kecil
berbanding tubuh, kurang
penyelarasan otot, keadaan muka
yang rata, dan kelemahan sendi-
sendi.
2) Bertindak dengan pelbagai sistem
dan organ tubuh. Contohnya, kesan
terhadap sistem peredaran tubuh
menyebabkan darah lebih banyak
dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan
kulit peminum menjadi kemerah-
merahan dan perpeluhan meningkat.
Pengepaman jantung juga bertambah
pantas dan kuat seperti individu yang
sedang melakukan senaman. Kepada
penghidap penyakit jantung, mereka
mempunyai kemungkinan diserang
penyakit itu.
3) Lebih cenderung membuang air
kecil dengan kerap kerana etanol
boleh merencat hormon penahan
kencing.
4) Mungkin mengalami anemia,
hipoglisemia (kekurangan gula di
dalam darah), dan ketandusan
vitamin.
5) Boleh meningkatkan risiko kanser
sebanyak 15 kali terutamanya pada
bahagian mulut dan tekak.
6) Apabila diminum dengan banyak
arak boleh merosakkan selaput lendir
perut dan menjadi racun yang
meresap dengan cepat ke dalam
bahagian tubuh manusia terutama
jantung dan buah pinggang.
7). Meminum arak boleh menjadikan
seseorang itu mendapat sesak nafas
yang akan menganggu alat
pernafasan.
8). Meminum arak ketika perut kosong
atau sebelum sarapan boleh
menyebabkan berlakunya barah
dalma perut.
9). Boleh menyebabkan tekanan
darah tinggi (hypertension ) yang
boleh menyebabkan serangan
mengejut ( stroke ) dan penyakit
jantung.
10). Boleh menghilangkan ingatan
seseorang dan menjadikan ianya
kurang siuman dan hilang harga diri.
3.Kesan dari segi Keagamaan:
Peminum minuman keras biasanya
akan melupakan semua kebaikan,
mengabaikan dirinya dari
mengerjakan ibadat sembahyang dan
mengingati Allah Taala dapat
menghancurkan moral, meruntuhkan
akhlak dan melemahkan perasaan dan
semangat untuk melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang
manusia yang dipandang mulia,
waras dan berakal.
Keimanannya makin lama akan
berkurangan, segala maksiat dan
kejahatan menjadi sebati dan
dianggap baik untuk dilakukannya.
Dan jika mati dalam keadaan mabuk
sudah pasti kerugian yang amat besar
diperolehnya kerana tidak sempat
bertaubat dan memungkinkannya
menjadi kufur, sebagaimana hadis
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam yang diriwayatkan oleh
Iman Al Hakim:
Ertinya: “ Barangsiapa melakukan
zina atau meminum arak, maka
Allah Taala akan lucutkan imannya
dari dirinya sebagaimana seseorang
membuka baju dari kepalanya”.
4.Kesan terhadap kerukunan
rumahtangga:
Minuman Keras juga dapat
menjejaskan kehidupan aman
berumahtangga apabila wang
perbelanjaan keluarga akan
dihabiskan semata-mata menurut
hawa nafsu ketagihan arak.
Pertelingkahan akan sering terjadi di
antara suami isteri dan seluruh
keluarga yang terlibat. Suami yang
mabuk disebabkan arak ini sudah
pasti tidak dapat lagi menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang ketua
dalam rumahtangga dengan baik.
Anak-anak akan menjadi mangsa
kurangnya penjagaan, Pengawasan
dan pemedulian orang tuanya.
Apabila keadaan sudah terjadi begini,
anak-anak akan kurang didikan yang
sempurna dan akibatnya anak-anak
akan kurang didikan yang sempurna
dan tercicir dalam bidang pelajaran
oleh itu timbul masalah-masalah
gejala sampingan antaranya ponteng
sekolah, menjadi anak-anak nakal,
tidak lagi menghormati orang tua dan
lain-lain kesan negatif. Ini adalah
disebabkan keluarga yang keadaannya
sudah kucar-kacir dan tidak lagi
mengutamakan cara hidup yang betul
dan hilanglah kerukunan hidup
berkeluarga disebabkan pengaruh
anak yang sangat bahaya.
5.kesan terhadap masyarakat:
Apabila seseorang itu meminum
minuman keras secara terus
menerus, ini bererti ianya telah
ketagihan dan tidak dapat melepaskan
dirinya dari cengkaman arak. Dengan
demikian, si peminum akan
bertambah sesat, hilang pengawalan
terhadap diri sendiri dan orang-orang
yang berada di sekitarnya.
Pengaruhnya yang sangat bahaya
terhadap saraf-saraf otak di mana
boleh mengakibatkan seseorang
penagih tidak mampu mengendalikan
diri, tingkah laku dan hilang pula rasa
malu. Maka dalam hal ini hilang
kesinambungan diri dan jauh dari
nilai-nilai akhlak dan timbul pula
keberanian untuk melakukan
tindakan-tindakan negatif terhadap
orang lain. Antaranya timbulnya
permusuhan dan kebencian di
kalangan teman-teman dan
masyarakat sekelilingnya. Keamanan
dan keselamatan masyarakat akan
tergugat apabila terjadinya perkara-
perkara sumbang, merosakkan
rumahtangga orang lain dan
bermacam-macam lagi akibat buruk
akan terjadi disebabkan oleh arak.
Sebagaimana Sabda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam:
Ertinya: “ Janganlah kamu meminum
arak kerana arak adalah kunci
segala kejahatan ”.
6. Kesan terhadap keselamatan
umum:
Kesan yang jelas di sini ialah apabila
seorang peminum arak yang mabuk
memandu kenderaan di jalan raya
adalah satu keadaan yang sangat
merbahaya, baik terhadap diri
peminum itu sendiri mahupun orang
ramai. Kemalangan atau kecelakaan
lalulintas akan berlaku yang mana
boleh mengakibatkan kecerderaan
dan menyebabkan kematian orang
yang tidak berdosa. Malah si
peminum arak itu sendiri akan
mengalami kecederaan atau kecacatan
pada anggota tubuh badannya,
kurang siuman sekiranya mengenai
bahagian otaknya paling malang lagi
apabila membawa kepada kematian
si peminum itu sendiri.
Selain itu, kesan-kesan yang buruk
yang boleh berlaku akibat meminum
arak seperti boleh melibatkan
kestabilan ekonomi, keamanan dan
berlaku kehuru-haraan dalam
sesebuah negara apabila penagih-
penagih arak wujud di dalam
sesebuah sector kerajaan atau swasta
yang mana boleh membawa kepada
penyalahgunaan kuasa, hartabenda,
penyelewengan wang negara, pecah
amanah dan sebagainya.
sekedar menulis kata hati yang mungkin pembaca bisa mencari inspirasi yang bermanfaat.....bismillahirrahmanirrakhim.... smoga barokah
Kamis, 23 Agustus 2012
Bahaya miras
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar