Rabu, 08 Agustus 2012

sekilas vagina dlm islam

Hukum melihat
kemaluan suami/isteri
Hukum melihat
kemaluan suami/isteri
Masih terdapat perdebatan
berkenaan hukum melihat kemaluan
isteri/suami. Sebahagian kaum
Muslimin menganggap hal itu
dilarang sementara sebahagian lain
menganggapnya boleh. Namun
masih terdapat kontroversi tentang
boleh tidaknya suami/isteri melihat
kemaluan pasangan masing-masing.
Untuk menjelaskan hal yang masih
menjadi perdebatan dalam
masyarakat kaum Muslimin itu, kita
merujuk kepada kitab Tanwirul
Abshar dan syarahnya ad-Durrul
Mukhtar, dari kitab-kitab Hanafiyah,
tentang bolehnya suami melihat apa
saja pada isterinya. Kitab-kitab itu
mengisyaratkan bolehnya melihat
isteri, baik yang lahir mahu pun yang
tersembunyi, bahkan terhadap
kemaluannya sekalipun, dengan
syahwat maupun tanpa dengan
syahwat.
Namun dalam ad-Durrul juga
disebutkan: "Dan yang lebih utama
adalah meninggalkannya, kerana
melihat kemaluan itu boleh
menjadikan seseorang itu mudah
lupa. Bahkan ada yang mengatakan
ianya dapat melemahkan daya
penglihatan seseorang." Untuk
menguatkan pandangan bahawa
lebih utama untuk tidak melihat
kemaluan pihak lain, di dalam kitab
al-Hidayah dikemukakan suatu
hadis: "Apabila salah seorang di
antara kamu mencampuri isterinya,
maka hendaklah sedapat mungkin
ia menutup kemaluannya, dan
janganlah mereka bertelanjang bulat
seperti keldai." Namun Ibnu Umar
r.a. berpendapat: "Lebih utama
melihat kemaluan (pihak lain),
kerana hal itu lebih dapat
menghasilkan kenikmatan."
Seterusnya ialah kata-kata Abu
Yusuf, sebagai berikut: "Dan
diriwayatkan dari Abu Yusuf, saya
pernah bertanya kepada Imam Abu
Hanifah mengenai seorang laki-laki
yang menyentuh kemaluan isterinya,
dan si isteri menyentuh kemaluan
suami untuk membangkitkan
nafsunya. Apakah yang demikian itu
terlarang? Beliau menjawab; "Tidak,
dan saya berharap pahalanya
semakin besar." Barangkali beliau
(Imam Hanafi) merujuk pada hadis
sahih berikut: "Pada kemaluan
setiap orang di antara kamu itu ada
sedekah. Para sahabat bertanya;
"Wahai Rasulullah apakah jika salah
seorang di antara kami melepaskan
syahwatnya (mencampuri isterinya)
itu mendapat pahala?" Beliau
menjawab: "Benar. Bukankah kalau
dia meletakkannya di tempat yang
haram dia berdosa? Demikian pula
jika dia meletakkannya di tempat
yang halal, maka dia mendapat
pahala. Apakah kamu menghitung
kejelekan sahaja tanpa menghitung
kebaikan?"
Adapun hadis yang dijadikan dalil
dalam kitab al-Hidayah yang
melarang suami isteri bertelanjang
bulat ketika bercampur tidak dapat
dijadikan hujah kerana dhoif.
Sementara Ibnu Hazm menolak
keras pendapat yang bertentangan
dengan firman Allah surat Al
Mu'minun ayat 5-6 sebagaimana
berikut: "Dan orang-orang yang
menjaga kemaluannya, kecuali
terhadap isteri-isteri mereka atau
budak yang mereka miliki, maka
sesungguhnya mereka dalam hal ini
tiada tercela." Dalam kitabnya al-
Muhalla, Ibnu Hazm berkata: "Halal
bagi seorang laki-laki melihat
kemaluan isterinya dan budak
perempuan yang halal digaulinya.
Demikian pula si isteri dan budaknya
itu halal melihat kemaluannya, tidak
makruh sama sekali."
Dalilnya ialah riwayat-riwayat yang
masyhur dari Aisyah, Ummu
Salamah, dan Maimunah ibu-ibu
kaum mukminin rodhiyallahu
anhuma bahawa mereka pernah
mandi junub bersama Rasulullah
SAW dalam satu bejana. Dalam
riwayat Maimunah dijelaskan
bahawa Nabi SAW tidak
mengenakan sarung, sebab dalam
riwayat itu dikatakan bahawa beliau
memasukkan tangan beliau ke
dalam bejana lalu menuangkan air
ke atas kemaluannya dan
mencucinya dengan tangan kiri
beliau. Maka tidaklah tepat apabila
mangambil pendapat lain, setelah
adanya keterangan demikian
tersebut.
Sedang hadis yang dijadikan alasan
oleh Ibnu Hazm itu tertera dalam
Shahih al-Bukhari dari Ibnu Abbas,
dari Maimunah Ummul Mu'minin
r.a., ia berkata: "Aku pernah
menutupi Nabi SAW (dengan tabir)
ketika beliau sedang mandi janabat,
lalu beliau mencuci kedua tangan
beliau, lantas menuangkan air
dengan tangan kanannya atas
tangan kirinya. Kemudian beliau
mencuci kemaluannya dan apa yang
mengenainya." Diriwayatkan juga
dalam Shahih al-Bukhari, dari Aisyah
r.a., ia berkata: "Aku pernah mandi
bersama Nabi SAW dalam sebuah
bejana yang bernama al-Faraq."
Bolehnya suami melihat kemaluan
isterinya, diperkuat oleh pendapat
Al-Hafidz Ibnu Hajar. Dalam
bukunya Fathul Bari, Ibnu Hajar
berkata: "Hal ini diperkuat oleh
riwayat Ibnu Hibban dari Sulaiman
bin Musa bahawa beliau pernah
ditanya tentang hukum laki-laki
melihat kemaluan isterinya, lalu
beliau berkata: Aku bertanya kepada
Atha', lalu Atha' menjawab: Aku
bertanya kepada Aisyah, kemudian
Aisyah mengemukakan hadis
tersebut di atas menurut
maknanya."
Wallahua'lam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar